Month: Oktober 2016

Pengalaman Demi Pengalaman

Fasal 33 daripada Kitab Bilangan merupakan bab dalam Alkitab yang mungkin kita akan tinggalkan begitu sahaja tanpa membaca dan merenungkannya. Ini kerana bahagian ini mengandungi satu senarai panjang tentang perjalanan bangsa Israel dari Rameses, Mesir sehingga mereka tiba di lembah Moab. Namun ia adalah penting kerana bahagian itu sahaja yang disusuli dengan ungkapan: “Musa menuliskan … sesuai dengan titah TUHAN” (ayat 2) dalam Kitab Bilangan.

Sangat Mengasihi ...

Tiada “Syarat”

Sesetengah kanak-kanak berasa bosan untuk pergi ke pasar bersama ibu. Mereka tidak dapat mengerti sebab ibu mereka mengambil masa…

Mengubah Hati

Tidak berapa lama dahulu, saya pergi ke sebuah kedai tukang jahit dan membawa beberapa helai pakaian untuk diubahsuai. Sewaktu memasuki kedai tersebut, saya amat terdorong dengan tulisan yang tertera pada dinding. Tulisan pada salah satu papan tanda berbunyi, “Kami boleh mengubah pakaian anda tetapi hanya Tuhan yang mampu mengubah hati anda”. Di tepinya tergantung gambar Maria Magdalena yang sedang menangis, tatkala Kristus yang telah hidup semula menampakkan Diri-Nya kepada Maria. Papan tanda lain tertulis ungkapan, “Anda perlukan doa? Biarlah kami mendoakan anda.”

Siapakah Tuhan kita

Baca: Yohanes 3:16

Individu yang berbeza mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap Tuhan. Contohnya, ada yang memikirkan bahawa Dia hanya merupakan suatu kuasa yang tiada perasaan, ada yang mengatakan Dia terlalu jauh, sehingga mustahil untuk mengenal Dia. Budaya dan tradisi juga dapat membentuk persepsi kita, malah selalu mengubah Tuhan kepada seseorang dewa tempatan tertentu berdasarkan suatu kumpulan etnik atau kawasan. Ada pula…

Orang Di Dunia Ini ...

Kasih Sejagat

Pada pendapat anda, siapakah objek bagi kasih Tuhan? Frasa yang seterusnya dalam Yohanes 3:16 telah memberikan kita jawapan—“orang di…

Pemberian Ini

Beberapa tahun yang lalu, saya menulis sebuah esei tentang beberapa koleksi tongkat saya serta terfikir bahawa mungkin suatu hari nanti saya akan menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan. Akhirnya tiba juga masa itu. Kerana kesakitan pada saraf dan tulang belakang, saya terpaksa menggunakan tongkat tiga roda untuk berjalan. Saya tidak dapat lagi pergi mendaki, memancing dan melakukan banyak perkara yang dahulunya pernah membawa kegembiraan besar kepada saya.